Assalamualaikum.entry kali ni sebenarnye ade kaitan dgn subjek pengajian islam ak,sbb ustat ak suroh ktorang buat forum secara spontan..so ak bab2 spontan ni susah cket sbb ade ayt al quran,hadis,n peristiwa yang kene dimasukkan..ini just skadar untuk renungan kita bersama.
Pada hari ini saya akan membawa dua point penting  kepada anda  mengenai hak-hak allah yang wajib kita laksanakn .point pertama addalah  beribadah kepada allah serta menurut segala perintahnya dan meninggal  kan segala larangannya.Menurut kamu dewan bahasa dan pustaka edisi ke 4  ibadah bermaksud perbuatan atau tingkah laku seseorang sebagai bakti  atau tanda berterima kasih kepadanya.Firman allah swt  didalam surah  az-zaria’t  ayat ke 56 yang bermaksud “dan (ingatlah) tidak aku ciptakan  jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada ku. ”.Ayat ini  menjelaskan bahawa kita sebagai hambanya wajiblah menyembah dan  beribadat kepadanya tidak akan wujud  kita didunia melainkan dengan  rahmatnya.
Berbalik kepada ibadah,ibadah mempunyai 3 bahagian iaitu pertama  ibadah “qalbiah” iaitu ibadah yang berkaitan dengan hati seperti  rasa  takut,rasa mengharap,dan rasa cinta terhadapnya.Ke dua ibadah  “lisaniyah”.Ibadah lisaniyah ialah  ibadah yang berkaitan dengan lisan  atau perkataan .Contohnya seperti bertasbih,bertahmid,tahlil,dan  takbir.dan yang ke 3 pula ialah ibadah “badaniyah”.Ibadah badaniyah  ialah  ibadah yang berkaitan dengan anggota fizikal seperti  solat,zakat,puasa,haji,jihad dan sebagainya.Selain itu ibadah juga  mempunyai dua jenis iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.Ibadah khusus  ialah ibadah yang telah ditentukan cara dan syaratnya yang mana hukumnya  adalah fardhu ain yang mana setiap orang muslim wajib mangakui dan  beramal dengannya.Contohnya solat,zakat,puasa,haji dan  sebagainya.Manakala ibadah umum pula ialah semua kegiatan hidup yang  kita lakukan setiap hari meliputi   pendidikan,ekonomi,politik,jihad,muamalat,munakahat,dan jinayat.
Hadirin sekalin,
Sebagai umat islam juga sebagai hambanya wajiblah kita menurut segala  perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.Jika kita berfikir  sejenak,sejauh manakah kita melaksanakan segala haknya.Saya menasihatkan  diri saya juga sahabat sekalian janganlah kita mengabaikan perintahnya  dan janganlah pula kita melakukan apa yang ditegah.Jika kita lihat  dizaman ini banyak perkara yang ditegah masih lagi dilakukan segelintir  manusia.Mengapa ini berlaku?.Tepuk dada tanyalah iman.Contoh  paling  hampir yang dapat kita kaitkan adalah perbuatan zina.Firman allah swt  dalam surah al-isra’ ayat 32 yang bermaksud “dan janganlah kamu dekati   zina,kerana zina itu suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk".Di  dalam ayat Ini jelas menerangkan bahawa perbuatan zina amat keji disisi  allah swt kerana perbuatan ini akan meninggalkan kesan yang amat buruk  seperti  melahirkan anak diluar nikah.Akibatnya anak yang tidak berdosa  menjadi mangsa.
نعوذ بلله من ذالك
Point seterusnya iaitu patuh kepada apa yang telah ditentukan allah  iaitu qada’ dan qadar.Qada’dan qadar bermaksud ketetapan oleh allah yang  telah ditentukan sejak dari azali lagi yang mana ia merupakan salah  satu rukun iman yang ke enam dan kita sebagai umat islam wajiblah untuk  mempercayainya dan beriman kepadanya.Sebagai contoh allah telah  menetapkan gas seperti oksigen dan hydrogen akan memenuhi ruang angka  sa  diikuti dengan kejadian bintang dan planet-planet dan itulah  sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalang.Allah juga menetapkan  kaum wanita,dan bukannya kaum lelaki  yang mengandung dan melahirkan  anak.Dan hakikat ini tidak boleh diubah sama melainkan dengan  izinnya.Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga  untuk mendengar  dan fungsi ini akan berterusan sampai bila-bila  pun.Menurut syed syabiq didalam kitabnya yang berjudul al-aqaid  al-islamiah, “imam al-khattabi berkata "ramai orang  berkata qada’dan  qadar adalah satu paksaan allah ke atas hambanya dan manusia hanya  mengikut apa yang ditetapkan oleh allah.Sebenarnya pandangan seperti  ini  adalah tidak benar kerana takdir adalah ketetapan allah berdasarkan  zat-zatnya yang maha mengetahui tentang sesuatu perkara.
Pada situasi yang berbeza ketika zaman sayyidina umar al-khattab  ra,terdapat seorang lelaki yang ditangkap keranan mencuri.Kemudian  lelaki itu dibawa menghadap sayidina umar yang ketika itu menjadi  seorang pemimpin masyarakat arab selepas kewafatan nabi Muhammad  saw.Umar bertanya kepada lelaki itu “mengapakah kamu mencuri ? dan  lelaki itu menjawab “aku mencuri kerana allah telah mentakdirkan ini  keatas diri ku”.Umar amat marah kepada lelaki tersebut seraya berkata  “pukul lelaki ini dengan 30 sebatan selepas itu potong  tangannnya”.Lelaki itu terkejut lalu  bertanya “mengapa hukuman ini  terlalu berat”.Umar menjawab,kamu dipotong tangan kerana mencuri dan  disebat kerana telah berdusta atas nama allah swt.Situasi ini bermaksud  manusia diizinkan allah untuk membuat pilihan masing-masing. Jika kita  berbuat baik maka akan dibalas dengan kebaikan dan begitulah  sebaliknya.Ini menunjukkan allah tidak pernah mangikat dan menzalimi  hambanya malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk  menentukan hidupnya sendiri. 
Segala yang baik datangnnya dari allah,dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri.
Hasil nukilan;
muhammad ridzuan bin adnan
untuk;
forum kelas pengajian islam.
 

 








 
 
 
 
 

1 comments:
sangat menarik, terima kasih
Post a Comment