Sinopsis: TV9 menayangkan pengembaraan, perjalanan, segala detik manis dan kenangan pahit masam kelat Aizat semasa berada di New Zealand bersama dengan keluarga tahun lepas dan segalanya dirakam menjadi sebuah program berbentuk traveloque.
segala rakaman video pengalaman Aizat melancong di New Zealand ini menggunakan khidmat videografi yang cemerlang sekali dari CST Productions. Antara lokasi menarik yang dilawati oleh Aizat bersama 28 orang anggota keluarganya ialah Christchurch, Queenstown, Te Anau, Milford Sound dan Wanaka yang terletak di South Island, New Zealand.
Rombongan Aizat menggunakan 5 buah campervan dan sebuah kereta untuk ke satu lokasi ke lokasi yang lain sepanjang 10 hari mereka di sana.
Antara aktiviti menarik ialah antaranya Sky Diving setinggi 15,000 kaki dari atas di Sky Dive, Wanaka, Luge Ride di Skyline Queenstown, Bungee Jumping di AJ Hackett Bungy, Queenstown dan banyak lagi. Aizat juga telah menghiburkan peminatnya yang terdiri daripada pelajar Malaysia di Universiti Christchurch.
Jadi, Budiey kira program traveloque ini sangat unik dan lain dari apa yang dipaparkan di kaca TV sebelum ini kerana program ini ada unsur-unsur realiti TV dan taklah satu program yang membosankan untuk kita tonton. Sinematografi dan juga visual pelbagai sudut serta gambar menarik yang diambil oleh CST Productions juga banyak membantu menjadikan program traveloque ini wajib ditonton. Tambahan pula ia menjadi satu panduan berguna untuk semua yang mahu melancong ke New Zealand. Manalah tahu, pada masa depan, anda akan ke sana. Jadi senang sikit untuk mengetahui destinasi menarik yang ada kat sana.
Ditanya tentang peristiwa pelik semasa berada di sana, Aizat memberitahu yang rombongan dikejutkan dengan satu kejadian di mana seluruh bandar Queenstown black-out sebaik sahaja mereka sampai di sana. Panik jugaklah sekejapkan. Risau takut ada bencana alam yang boleh menimpa mereka pada bila-bila masa sahaja. Minta dijauhkan segala bala lah ya.
Semasa berada di Queenstown pula, Aizat ada buat kejutan untuk umi (ibu Aizat) yang jatuh pada hari tersebut.
Selebihnya, kalau korang nak tahu apa lagi pengalaman dan merasai keseronokan Aizat di New Zealand, kenalah tonton traveloque ini. - sumber Budiey.com
Download:
Episod 01 - 20 Feb
Episod 02 - 27 Feb
Episod 03 - 05 Mac
Episod 04 - 12 Mac
TAMAT
::kepalabergetar::
0 comments:
Post a Comment