Pages

Walimatul Urus Yusri & Lisa Surihani episod 1 dan 2 Astro Ria (DOWNLOAD) SDTVRip





setahun menyulam cinta dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya mengambil keputusan memeterai hubungan kasih mereka dengan ikatan yang lebih sempurna.

Pasangan sama cantik dan sama padan ini, telah memilih tarikh 23 Februari 2012, sebagai hari bersejarah untuk mereka melangsungkan majlis pernikahan  di  Hotel  Marriot Putrajaya selepas waktu Maghrib.

Majlis resepsi kedua-dua belah pihak pula akan menyusuli secara serentak pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam majlis yang bakal  dihadiri ahli keluarga, para tetamu kenamaan, rakan-rakan media  dan selebriti tempatan.

Sempena majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal ini, Astro RIA bakal membawakan sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sehingga ke gerbang perkahwinan.

Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini.

Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.

Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri serta  kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.

Para peminat Yusri dan Lisa semestinya ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang detik perkenalan awal mereka berdua. Siapakah yang memulakan langkah pertama dan bagaimanakah reaksi insan-insan yang seharusnya sentiasa rapat dalam kehidupan mereka berdua?

Antara kenalan mereka yang akan ditemubual  dalam dokumentari ini ialah seperti kedua beradik Yusry Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibubapa termasuk temubual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa hingga menjadi seorang bintang serta temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay & Erra Fazira.

Apakah pula perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Yusri dan Lisa, apabila kedua-duanya dilamun cinta? Tahukah peminat bahawa temujanji pertama Yusry ialah bersama ibu Lisa, Puan Siti Amira dan bukan anak gadisnya Lisa? Semuanya akan didedahkan di episod pertama dalam dokumentari ini.






Di Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.

Antara paparan  menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.

Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Yusry dan Lisa, jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua episod dokumentari eksklusif ini hanya di Astro Ria saluran 104 pada 25 Februari dan 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam.

screenshot:

 Download Link :-

Bahagian 1 - 25 Feb | Hotfile | Mediafire
Bahagian 2 - 03 Mac | Hotfile | Mediafire

Tolong kasi tau kalau ade problem untuk mendownload...
::kepalabergetar:: ::teamaryzs::

0 comments: