Setelah setahun tidak dianjurkan, Hot FM Big Jam kembali menghangatkan peminat muzik tanah air. Kali ini acara hebat ini berlangsung di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu sempena 'penjajahan" terbaru stesen radio ini di Terengganu dan Kelantan.
Tahniah diucapkan kepada Hot FM kerana Big Jam meraih sambutan cukup memberangsangkan. Hampir 50 ribu orang peminat membanjiri Dataran Syahbandar bagi menyaksikan barisan artis hebat seperti Ella, Spider, Black, Zamani, Black dan Nidji. Rekod ini menyamai rekod yang diperolehi ketika Hot FM Penang pada tahun 2010.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, dia berasa sangat gembira dan terharu dengan sambutan yang di luar dugaan.

Sementara itu, Seelan juga diminta mengulas tentang sambutan yang diterima oleh Hot FM di kedua-dua buah negeri itu setelah beberapa bulan beroperasi di sana. Jelas Seelan, sambutan yang diterima setakat ini cukup memberangsangkan dan percaya dengan adanya promosi secara berterusan, stesen radio itu mampu meraih jumlah pendengar yang tinggi.

Pada sebelah malamnya pula, konsert dimulakan tepat jam 9.00 malam kerana ia disiarkan secara langsung di Stesen televisyen, TV9. Juara Mentor Musim ke-3, Black memulakan acara dengan menyampaikan lagu Kopi Dangdut, dan medley Aku Rindu Sayang Kamu, Leia dan Sofea Jane . Kemunculan Black mendapat sorakan gemuruh daripada peminat yang sudah menanti di depan pentas sejak dari petang lagi.

Kemuncak Konsert Big Jam dihangatkan dengan kemunculan kumpulan popular dari seberang, Nidji. Menyampaikan empat buah lagu termasuk Laskar Pelangi dan Biarlah, Nidji beraksi cemerlang. Persembahan mereka cukup bertenaga. Bahkan, Giring juga bijak mengambil hati peminat di Kuala Terengganu dengan menyapa “Ganu Kita” dan berseloroh yang dia dah ahli kumpulannya sudah makan 10 pinggan Nasi Dagang!
Hot FM Big Jam diakhiri dengan persembahan daripada kumpulan XPDC. Bagai yang telah dijangka, XPDC masih berbisa ketika berada di pentas. Walaupun vocal Mael sesekali ‘terkehel’, tetapi peminat tetap tidak berganjak kerana lagu-lagu yang dipersembahkan diminati ramai dan sudah pasti peminat tidak punya masalah untuk menyanyi bersama.
Mediafire Download
0 comments:
Post a Comment