Pages

{AWARD} ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN (DOWNLOAD) SDTVRip


KEMUNCAK ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH2011) PADA 8 APRIL 2012 (AHAD), JAM 9 MALAM, DISIARKAN SECARA LANGSUNG DI TV3 DAN RADIO HOTFM.

MUNGKIN senang melihat kemajuan ABPBH pada hari ini. Namun adakah generasi muda hari ini mengetahui serba ringkas sejarah kewujudan majlis penganugerahan yang hebat ini?

Semuanya tercetus pada 1987, hasil idea bernas bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk A Nazri Abdullah bersama beberapa orang penting dalam dunia hiburan ketika itu terutamanya Pengarang Unit Hiburan (dulu dikenali sebagai Pusparia), Nordin Mohamad serta wartawan hiburan Berita Harian, Zubairi Zabidin. Dengan dibantu Pengurus Promosi Kumpulan New Straits Times (NST), Oliver Jackson mereka mula mencari penaja untuk menyokong anugerah yang memberi peluang kepada pembaca memilih calon artis pujaan masing-masing menerusi undian di akhbar ini.

Dari situlah munculnya Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87) - Nescafe Classic yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Disember 1987, jam 8.30 malam.

Hanya tujuh kategori dipertandingkan iaitu: Pelakon Lelaki Popular yg dimenangi Eman Manan, Pelakon Wanita Popular (Fauziah Ahmad Daud), Pelakon Pembantu Lelaki Popular (Ahmad Tarmimi Siregar), Pelakon Pembantu Wanita Popular (Marlia Musa), Penyanyi Lelaki Popular (Shidee), Penyanyi Wanita Popular (Francissca Peter), dan Penyanyi Berkumpulan Popular (Search).

Hampir 380,000 borang undian diterima daripada pembaca akhbar ini pada tahun pertama. Artis yang mendapat undian terbanyak ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud (284,813 undi), diikuti Fran (246,838 undi).

Acara malam kemuncak dihoskan Allahyarham Seniman Datuk Ahmad Daud. Artis yang membuat persembahan ialah seperti Ben Nathan, Mastura & Ally Noor, The Stripe dan penari Maya Studio.

Antara finalis lain ialah Zaiton Sameon, Raja Ema, Noorkumalasari, Jacqueline Mitchell, Mustaffa Noor, Sabree Fadzil, Sharifah Aini, Azlina Aziz, Ibnor Riza, Khatijah Ibrahim, Nassier Wahab, Sons of Adam, Alleycats, Freedom, Julie Dahlan, Norlida Ahmad dan Fauziah Nawi. Ketika itu tiada siaran langsung menerusi kaca TV atau radio.

Impak daripada kejayaan pertama, APPP88 pula dianjurkan. Masih ditaja Nescafe Classic, ia turut mengekalkan tujuh kategori yang sama. Pemenang pada tahun kedua ialah Sabree Fadzil (Pelakon Lelaki Popular), Aznah Hamid (Pelakon Wanita Popular), Ridzuan Hashim (Pelakon Pembantu Lelaki Popular), Raja Ema (Pelakon Pembantu Wanita Popular), Jay Jay (Penyanyi Lelaki Popular), Ramlah Ram (Penyanyi Wanita Popular) dan Gersang (Penyanyi Berkumpulan Popular).

Acara kemuncak berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya Selangor, pada 10 Disember 1988, jam 8 malam. Ia dihoskan N D Lala dan Charmaine Agustine. Ia juga belum ke udara secara langsung dan pertama kali dirakamkan oleh TV3 untuk siaran Hari Krismas pada 25 Disember 1988.

Kemudian barulah muncul APP89 yang dianjurkan dengan kerjasama RTM dan SALEM. Ia berlangsung di Angkasapuri, pada 13 Januari 1990, jam 8.30 malam. Hosnya adalah DJ Ainul Jamal dan Sharifah Sakinah Al Junid.

Dari situ APPP terus bergerak laju dari setahun ke setahun. Perubahan besar berlaku pada 1990 apabila ia memperkenalkan kategori Artis Paling Popular yang kini menjadi Bintang Paling Popular.

Pemenang pertama adalah Aishah diikuti Zainalabidin (1991), Eman Manan (1992), Sofia Jane (1993), M Nasir (1994), Ziana Zain (1995), Siti Nurhaliza (1996 - 2001), Rosyam Nor (2002), Saiful Apek (2003), kembali kepada Siti Nurhaliza (2004), Mawi menang tiga tahun berturut-turut (2005, 2006 dan 2007) dan Nabil dari program Raja Lawak terbitan Astro memenanginya pada tahun 2008. Siti Nurhaliza kembali dinobatkan Bintang Paling Popular 2009.

screenshot & info :

Download Dari MEDIAFIRE !!
Download ABPBH 2011 Part1

0 comments: