Drama bersiri Puaka Bunga Tanjung ini mengisahkan seorang gadis desa yang cantik tetapi sering kesunyian bernama Mayang Bidari. Mayang sangat obsess kepada bunga tanjung sedari kecil. Bila umurnya 21 tahun, Mayang mula membuat karangan bunga tanjung dan di hanyutkan ke sungai pada setiap malam bulan mengambang sebagai mencari pasangan hidupnya sekiranya bunga itu di sambut oleh seseorang jejaka lain yang tahu menilai erti karangan bunga nya itu. Sikap pelik Mayang itu dan suka memakai bunga tanjung di tepi telinga atau di sanggulnya sering di marahi bapanya Pak Malik yang benci perihal bunga tanjung tetapi di sokong oleh ibunya Mak Diah yang mengamalkan amalan itu yang di warisi nenek moyang mereka.
::kepalabergetar::
0 comments:
Post a Comment