Pages

Keputusan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak MALAYSIA vs HONGKONG..

Korang  tau x yg sbnrnye harini 9 feb 2011 malaysia akan bertemu hongkong dalam perlawanan persahatan di stadium melawati shah alam..kalau nk tau ulasan psl perlawanan tersebut teruskan membaca...


Dibawah ini ada sedikit ulasan perlawanan persahabatan yang anda boleh baca dan (feel it.) Walaupun kehadiran yang tidak berapa ramai di stadium ini, namun bagi peminat bola sukan tempatan ada juga yang menontonnya di televisyen saluran astro 801 dan sewaktu dengannya.

Keputusan terkini : Malaysia 2- Hongkong 0
Malaysia dengan jersi biru pada perlawanan malam ini dan hongkong berjersi merah.
Minit ke1 :- Baru start jer main.
Minit ke4 :- Hantaran dari Gunalan ke safee sali. Tidak berjaya nampaknya, penjaga gol hongkong pantas menangkap bola.
Minit ke 10:- Safee Sali offside.
Minit ke 12:- Percubaan dari Safee Sali sekali lagi sepakan yang jauh dari gawang gol hasil dari hantaran safiq rahim, hampa terkena tiang lah pulak. Keeper sudah tewas..
Minit ke 17:- Shafri dapat kad kuning. Kekasaran berlaku disitu.
Minit ke 29 :- Perlawanan buntu tiada gol, khairul fahmi che mat belum lagi diuji.
Minit ke 31:- Percubaan yang merbahaya dari mahali, rugi-rugi yang amat. Sepatutnya membuat hantaran ke Safee Sali yang tiada orang jaga. Jangan tamak lah bro. huhu
Minit ke 43 :- Gooooll dari safiq rahim.. Hasil kesilapan dari pemain hongkong. Di bahagian pertahanan.
Minit ke 45:-  Percubaan dari Safee Sali. Tetapi penjaga gol pantas meluru kehadapan. Separuh masa pertama tamat.
Analisis separuh masa pertama.
Kebanyakannya malaysia banyak membuat percubaan, cuma finishing yang tak berapa kemas dan juga penjaga gol hongkong pantas membuat tindakan. Satu gol yang dihasilkan oleh Kapten Malaysia (Safiq Rahim) ialah dari kesilapan pertahanan yang membuat ingin membuat clerance tetapi terjatuh lah pulak. Kesilapan ini sama macam ala-ala gol pertama(pada masa itu idlan talahah)  ketika perlawanan akhir piala aff pertama menentang indonesia pertama. Apa yang dilihat ialah Bola juga banyak berada di tengah padang.
Perlawanan separuh masa kedua:
Minit ke 48:- Hongkong mula mengasak dan membuat percubaan. Serangan pertama dari mereka, tetapi keeper Khairul fahmi pantas menangkap bola itu walaupun pada mulanya sudah terlepas dari tangan. Bahaya!!
Minit ke 53:- Idlan talhah masuk Ahmad fakhri keluar.
Minit ke 57-58 : Safiq rahim mempunyai peluang untuk membuat gol, tetapi tidak berjaya. Khairul Fahmi keluar, diganti dengan penjaga gol (aku tak tahu namanya, nanti update lah).
Minit ke 68:- Permainan agak slow temponya. Pertukaran pemain yang begitu ramai. Kedudukan masih 1-0. Come on malaysia , dapatkan lagi gol!!
Minit ke 75 :- Percubaan yang menarik dari malaysia. Open gol disitu , tetapi terkena tianglah pulak. Hasil dari sepakan oleh Gunalan.
Minit ke 91:- Goool dari Amirul hadi Zainal. Kesilapan dari Penjaga gol yang kurang jaga sikit. Malaysia 2-0 Hongkong. Ia juga hasil dari hantaran yang cantik dari pemain gantian Sabree Abu.
Minit ke 94:- Games telah tamat. Tahniah malaysia kerana mengekalkan momentum kemenangan malam ini!
Man of the match: -Safiq rahim.
Terima kasih kepada:zikrihusaini.com sebab ak copy bende ni dari wesite die...hahahah

0 comments: