Sinopis penuh drama Bunga-Bunga  Syurga. Mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda  dalam memberi  pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga  anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas  ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira  Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada  bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran  dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun  kes sudah bertahun berlalu. 
Bapa saudara  mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak  saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa.  Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan  ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka.  Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan  sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah.  Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin  mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki  pengeluaran wang yang berlebihan.
Dalam satu pertengkaran, Azmin  ditembak oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin  sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka,  meminum darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf  akan perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan  menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah  yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan  Azmin terjatuh.
Namun kepulangan anak kedua  Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi  sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah  dan kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga.  Aiman bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut.  Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu  agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan  kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran  dengan rumahnya.
Atas bantuan Haji Halim (Dato’  Eizlan Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah  dari Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak  menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar  untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan  sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun,  apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah  Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin.
Sofia enggan pulang ke kampung  kerana malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana  dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia  terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa  Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia  sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman  tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya.  Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan  sulit itu terjadi.
Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim mengetahui hal sebenar? Apa pula yang bakal dilakukan oleh Baidah dan Zila untuk menuntut ‘hak’ mereka?
Lakonan Johan As’ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim, Dato’ Eizlan Yusof dan ramai lagi.
Episod 01 - 09 Mac | Hotfile | Mediafire
Episod 02 - 16 Mac | Hotfile | Mediafire
Episod 03 - 23 Mac | HotF | MedF
Episod 04 - 30 Mac | HotF | MedF | Online Video
Episod 05 - 06 Apr | HotF | MedF
Episod 06 - 13 Apr | HotF | MedF
Episod 08 - 27 Apr | HotF | MedFEpisod 09 - 04 Apr | HotF | MedF
Episod 10 - 18 Mei | HotF | MedF
Episod 11 - 25 Mei | Part 1 | Part 2
Episod 12 - 01 Mei | Part 1 | Part 2
Episod 13 - 08 Jun | HotF | MedF - Akhir
::kepalabergetar::
 



 








 
 
 
 
 

0 comments:
Post a Comment