
Release Date: 07 Jun 2012 | Country: Malaysia | Language: Malay | Genres: Comedy,Action | Subtitle: English Hardsub | Size: 350MB Mini Mkv,230MB Rmvb,700MB Avi | Quality: PPVRip – Jie Azz
Sinopsis: 5 bekas isteri. 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz  merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi malang dalam  percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah  sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang  berperwatakan tomboy. Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada  pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira. Malangnya, selepas ibu Hafiz  nampak bagaimana Hafiz dan ’isterinya’ sama-sama mengorat wanita lain,  ’hubungan’ mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri  pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu  bapanya. Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan  patuh. Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat  isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali  dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang  perasaan. Jodoh mereka berakhir juga. Calon isteri ketiga Hafiz  merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie. Mereka  berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi,  selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin  lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya,  hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie. Hafiz menemui isteri keempat  di kawasan litar yang sama. Wanda seorang gadis litar yang seksi, dan  suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda.  Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah  perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh – berlainan sekali dengan  imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz bertambah terkejut lagi  apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami  dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. Hafiz tak tahan dan  terus angkat kaki. Hafiz berkenalan pula dengan Ziana di dalam satu  kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin  terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang  peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang  mithali. Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi. Ziana memang  pandai menjaga, tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen  controlnya. Dalam diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa, seorang model  sambilan. Kali ini, Hafiz percaya dia sudah menemui cinta sejati buat  kali terakhirnya. Setahun berlalu semenjak Hafiz menjatuhkan talak ke  atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk melamar Arisa. Namun,  Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan berputus asa. Dia  mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas perbuatan Hafiz  itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz  bersama-sama bekas isterinya. Dia enggan menerima Hafiz lagi, dan  bersetuju untuk meneruskan perkahwinan terancang dengan lelaki pilihan  keluarganya. Akibatnya, Hafiz jatuh ke gaung depresi. Bekas-bekas  isterinya mula berbelah bahagi. Ada yang mahu membantu Hafiz mendapatkan  Arisa sebagai isteri terbaru. Ada pula yang mahu memastikan Arisa tidak  terus menjadi mangsa terbaru Hafiz. Siapakah yang berjaya? Siapakah  yang layak mencintai siapa? Semuanya bakal terjawab dalam komedi  romantik yang penuh bermesej ini.MKV FILE


PART1 | PART2

PART1 | PART2

SINGLE LINK

SINGLE LINK
::jieazzmovie::
 
 








 
 
 
 
 

0 comments:
Post a Comment