Pages

Perkonsian ilmu;Waktu yang diharamkan solat..

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَعَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ "Bahawasanya Rasulullah SAW melarang solat sesudah solat Asar hingga matahari terbenam, dan sesudah solat Subuh hingga matahari terbit." (H.R Bukhari dan Muslim) Dari 'Uqbah bin 'Amir Al Juhani r.a., katanya: ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ "Ada tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga dia telah condong ke barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali." Dari hadis-hadis ini, ulama menjelaskan terdapat lima waktu yang dilarang bersolat, dua berkaitan dengan perbuatan dan tiga berkenaan dengan masa: 1. Larangan bersolat setelah menunaikan solat subuh sehingga terbit matahari. 2. Larangan bersolat setelah menunaikan solat asar sehingga terbenam matahari. 3. Larangan bersolat semasa terbit matahari sehingga ia meninggi. 4. Larangan bersolat semasa matahari tegak sehingga ia condong. 5. Larangan bersolat semasa matahari hampir terbenam sehingga ia tenggelam. Walaupun begitu, waktu yang diharamkan solat itu adalah selain solat fardhu yang masih belum tertunai. Adapun solat subuh, sebagai contoh.. wajib ditunaikan segera apabila kita tersedar lewat dari tidur, dalam apa waktu dan keadaan sekalipun.


Ada segelintir orang berpendapat bahawa kita mesti tangguhkan solat fardu semasa berlaku 5 waktu diatas ..tapi jelaslah bahawa solat fardu wajib dilakukan meskipon dalam waktu2 diatas..harap perkongsian ini dapat memberi kita sedikit ilmu...wassalam...









1 comments:

Anonymous said...

oooh...tenkiyu...