Ella, Fauziah Ahmad Daud, Ramlah Ram, Ferhad, Faizal Tahir dan Adam  merupakan enam barisan artis yang bakal menerajui program popular Mentor  musim keenam. 
Jelas penerbit rancangan Muhamad Sufian Isa, gabungan mentor generasi  lama dan muda disatukan bagi mewarnai program tersebut demi mendapatkan  permata baru yang bersinar dalam industri hiburan tempatan.
"Ada banyak faktor kami memilih mereka berenam ini. Meskipun dapat  dilihat ada mentor generasi lama dan baru kami pilih kerana  masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
"Malah kami juga mahu mewujudkan kepelbagaian bagi musim baru nanti,"  katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan mentor  musim keenam semalam di Sri Pentas, Petaling Jaya.
Mengulas mengenai pemilihan Adam yang dilihat tidak layak untuk  dijadikan mentor, terang Suffian, Adam dipilih bagi mencungkil bakat  generasi muda yang meminati seni muzik pop dan tarian.
"Pemilihan Adam dilakukan kerana kami mahu mencungkil bakat-bakat muda  yang meminati muzik pop dance. Jadi Adam merupakan orang yang paling  sesuai dan layak untuk dijadikan mentor.
"Kami yakin Adam saja yang mampu melayan budak-budak muda yang meminati genre muzik sebegini,"jelasnya lagi.
Sementara itu, pada majlis tersebut juga pelantun lagu Karma, Faizal  Tahir memberitahu masih belum bersedia untuk memikul tugas sebagai  mentor. Mengakui merupakan seorang yang cerewat serta kekangan masa yang  tidak mencukupinya membuatkan dia masih lagi ragu-ragu sama ada mampu  atau tidak untuk menjayakan program tersebut.
"Saya belum berikan kata putus serta masih belum bersedia untuk menjadi  mentor. Sehingga semalam mereka (pihak penerbitan) menghubungi saya pun  , saya belum berikan kata putus untuk menjayakan program tersebut atau  tidak.
"Hari ini pun saya ke sini untuk perbincangan Anugerah Juara Lagu (AJL)  apabila mereka menjemput saya ke sidang media ini, saya juga terasa  masih bermimpi sama ada benar-benar akan menjayakannya atau pun tidak.  Namun insya-Allah, apabila saya telah pun terlibat dengan sidang media  ini, secara tidak langsung saya akan terlibatlah. Cuma saya perlukan  masa seminggu dua untuk bersedia memikul tugas tersebut," ucapnya yang  mengakui ada memberitahu pihak TV3 agar bersedia mencari penganti  sekiranya dia tidak mampu menjayakan program tersebut kelak.
Bagi Adam pula, meskipun mengerti ramai yang mempertikaikan pemilihan  dirinya namun dia yakin mampu menjayakan program tersebut dengan  sempurna.
"Mula-mula ditawarkan memang saya tidak percaya tapi apabila fikirkan  semula tidak salah saya menerima cabaran tersbeut kerana saya juga mahu  mencari pelapis untuk muzik pop dan tarian ini.
"Orang tidak percaya tidak mengapa, saya jadikan perkara tersebut  sebagai pembakar semangat untuk saya membuktikan kepada orang ramai saya  juga mampu mencurahkan ilmu yang ada dalam bidang tarian dan nyanyian  kepada orang muda. Lagipun sudah lapan tahun saya terlibat dengan bidang  seni tidak mungkinlah tidak ada ilmu yang boleh saya kongsi dengan yang  lain serta saya juga mahu mencari pelapis buat diri saya,"jelasnya  penuh yakin.
Konsert Akhir Mentor Musim ke 6 DOWNLOAD 
Konsert Separuh Akhir Pertama - DOWNLOAD 27 Mei
Konsert 4 Kumpulan B - 20 Mei | Part 1 | Part 2::kepalabergetar:: 
 



 








 
 
 
 
 

2 comments:
jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah
episod 2 punya link dah kena remove la.
Post a Comment