Pages

{REALITY TV} MENTOR 6 TV3 2012 (DOWNLOAD) -TAMAT-



Ella, Fauziah Ahmad Daud, Ramlah Ram, Ferhad, Faizal Tahir dan Adam merupakan enam barisan artis yang bakal menerajui program popular Mentor musim keenam.
Jelas penerbit rancangan Muhamad Sufian Isa, gabungan mentor generasi lama dan muda disatukan bagi mewarnai program tersebut demi mendapatkan permata baru yang bersinar dalam industri hiburan tempatan.
"Ada banyak faktor kami memilih mereka berenam ini. Meskipun dapat dilihat ada mentor generasi lama dan baru kami pilih kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
"Malah kami juga mahu mewujudkan kepelbagaian bagi musim baru nanti," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan mentor musim keenam semalam di Sri Pentas, Petaling Jaya.
Mengulas mengenai pemilihan Adam yang dilihat tidak layak untuk dijadikan mentor, terang Suffian, Adam dipilih bagi mencungkil bakat generasi muda yang meminati seni muzik pop dan tarian.
"Pemilihan Adam dilakukan kerana kami mahu mencungkil bakat-bakat muda yang meminati muzik pop dance. Jadi Adam merupakan orang yang paling sesuai dan layak untuk dijadikan mentor.
"Kami yakin Adam saja yang mampu melayan budak-budak muda yang meminati genre muzik sebegini,"jelasnya lagi.



Sementara itu, pada majlis tersebut juga pelantun lagu Karma, Faizal Tahir memberitahu masih belum bersedia untuk memikul tugas sebagai mentor. Mengakui merupakan seorang yang cerewat serta kekangan masa yang tidak mencukupinya membuatkan dia masih lagi ragu-ragu sama ada mampu atau tidak untuk menjayakan program tersebut.
"Saya belum berikan kata putus serta masih belum bersedia untuk menjadi mentor. Sehingga semalam mereka (pihak penerbitan) menghubungi saya pun , saya belum berikan kata putus untuk menjayakan program tersebut atau tidak.
"Hari ini pun saya ke sini untuk perbincangan Anugerah Juara Lagu (AJL) apabila mereka menjemput saya ke sidang media ini, saya juga terasa masih bermimpi sama ada benar-benar akan menjayakannya atau pun tidak. Namun insya-Allah, apabila saya telah pun terlibat dengan sidang media ini, secara tidak langsung saya akan terlibatlah. Cuma saya perlukan masa seminggu dua untuk bersedia memikul tugas tersebut," ucapnya yang mengakui ada memberitahu pihak TV3 agar bersedia mencari penganti sekiranya dia tidak mampu menjayakan program tersebut kelak.



Bagi Adam pula, meskipun mengerti ramai yang mempertikaikan pemilihan dirinya namun dia yakin mampu menjayakan program tersebut dengan sempurna.
"Mula-mula ditawarkan memang saya tidak percaya tapi apabila fikirkan semula tidak salah saya menerima cabaran tersbeut kerana saya juga mahu mencari pelapis untuk muzik pop dan tarian ini.
"Orang tidak percaya tidak mengapa, saya jadikan perkara tersebut sebagai pembakar semangat untuk saya membuktikan kepada orang ramai saya juga mampu mencurahkan ilmu yang ada dalam bidang tarian dan nyanyian kepada orang muda. Lagipun sudah lapan tahun saya terlibat dengan bidang seni tidak mungkinlah tidak ada ilmu yang boleh saya kongsi dengan yang lain serta saya juga mahu mencari pelapis buat diri saya,"jelasnya penuh yakin.

Konsert Akhir Mentor Musim ke 6 DOWNLOAD
Konsert Separuh Akhir Pertama - DOWNLOAD 27 Mei
Konsert 4 Kumpulan B - 20 Mei | Part 1 | Part 2
Konsert 4 Kumpulan A - 13 Mei | Part 1 | Part 2
Konsert 3 Kumpulan B - 06 Mei | HotF | MedF
Konsert 3 Kumpulan A - 29 Apr | HotF | MedF
Konsert 2 Kumpulan B - 22 Apr | HotF | MedF
Konsert 2 Kumpulan A - 15 Apr | HotF | MedF
Konsert 1 Kumpulan B - 01 Apr | HotF | MedF
Konsert 1 Kumpulan A - 25 Mac | HotF | MedF
Konsert Pengenalan - 18 Mac | HotF | MedF
Episod 02 - 11 Mac | HotF | MedF

::kepalabergetar::

2 comments:

my said...

jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah

MomTom said...

episod 2 punya link dah kena remove la.